fbpx

Saarani arah Perhilitan Perak atasi kejadian gajah serang manusia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saarani bergambar dalam Program Bersama Bekas Tentera di Kompleks Komuniti Taman Perpaduan, Ulu Kinta di sini hari ini.

IPOH – Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad mengarahkan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) negeri mengambil inisiatif untuk mengelakkan kejadian gajah mengganggu penduduk hingga mencederakan mereka seperti yang berlaku di Gerik kelmarin.

Dalam kejadian itu, seorang wanita Orang Asli berusia 30 tahun di Kampung Katong RPS Kemar, Gerik cedera diserang seekor gajah liar di belakang rumahnya

Kejadian pada pukul 6.30 petang Sabtu lalu itu menyebabkan mangsa patah tangan dan kaki kanan selain cedera pada bahagian perut dan kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Taiping.

Saarani berkata, kawasan kejadian di RPS Kemar terletak dalam kawasan hutan dan Orang Asli di situ berkongsi hidup dengan haiwan liar itu.

Katanya, kejadian gajah masuk ke kawasan penempatan penduduk bukanlah pertama kali dilaporkan.

“Hanya Perhilitan yang boleh menghalau gajah liar ini, jadi saya harap Pengarah Perhilitan akan mengambil inisiatif untuk pergi melihat cara bagaimana untuk mengelakkan gajah-gajah ini datang mengganggu manusia.

“Kita tak boleh tiba-tiba menghantar orang yang bukan dalam hidang kuasa untuk menghalau gajah ini,” katanya kepada pemberita pada Program Bersama Bekas Tentera di Kompleks Komuniti Taman Perpaduan, Ulu Kinta di sini hari ini.

Saarani berkata, Perhilitan lebih pakar untuk menghalau haiwan liar itu dan perkara itu bukan tindakan yang mudah kerana hutan merupakan habitat haiwan itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI