fbpx

Pekerja kilang maut dilibas bilet besi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KLANG – Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) melakukan siasatan lanjut berhubung kematian seorang pekerja kilang pembuatan logam dilibas bilet besi di kawasan Perindustrian Bukit Raja, di sini baru-baru ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10 pagi pada Jumaat lalu, mangsa berusia 51 tahun meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena bilet itu yang diangkat menggunakan jentera overhead travelling crane (OTC).

JKKP Selangor berkata, siasatan awal mendapati ketika kejadian mangsa berusia 51 tahun sedang menjalankan kerja-kerja penyenggaraan tundish atau peranti yang digunakan dalam pemutus logam yang terletak di laluan OTC.

Katanya, operator OTC hanya menyedari mangsa terbaring di kawasan tersebut selepas meletakkan bilet besi di bahagian scrap dari tempat pemunggahan.

“Sewaktu ditemui didapati mangsa cedera parah dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh petugas kesihatan,” katanya dalam kenyataan hari.

Menurut beliau, JKKP Selangor telah mengeluarkan Surat Arahan Larangan Kacau Ganggu tempat kejadian kepada pemilik kilang dan notis larangan serta-merta bagi menghentikan kerja-kerja mengangkat menggunakan OTC.

Tambahnya, notis pembaikan turut dikeluarkan bagi syarikat itu mengadakan prosedur kerja selamat bagi kerja-kerja penyenggaraan jentera.

“Siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti punca-punca kemalangan dan pihak yang bertanggungjawab ke atas kemalangan tersebut.

“Kes disiasat mengikut Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994,” jelasnya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI