fbpx

7 cedera dalam keganasan senjata api di Orlando

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Polis Orlando menyekat laluan sebatang jalan di Orange Avenue awal pagi semalam. - Spectrum News 13

ORLANDO, FLORIDA – Polis memburu seorang suspek yang didakwa menembak tujuh mangsa di pusat bandar Orlando, Florida, semasa pergaduhan berlaku di lokasi kejadian pagi semalam, lapor akhbar Orlando Sentinel.

Kejadian sejurus selepas pukul 2 pagi (waktu tempatan) itu berlaku berhampiran Wall Street Plaza dan Orange Avenue ketika bar dan kelab malam  sedang menutup operasi.

Enam mangsa dikejarkan ke hospital terdekat, manakala seorang lagi mangsa pergi sendiri ke pusat perubatan lain,  kata Ketua Polis Orlando, Eric Smith.

Tambahnya, kesemua tujuh mangsa kini berada dalam keadaan stabil.

“Kira-kira pukul 2.22 pagi (waktu tempatan) di Orange Avenue dan Wall Street, satu pergaduhan besar tercetus. Salah seorang daripada mereka yang terlibat melepaskan tembakan ke arah orang ramai.

“Setakat ini, kami belum mengenal pasti sebarang suspek. Kes ini masih dalam siasatan awal, jadi sesiapa yang mempunyai maklumat lanjut diminta menghubungi talian 911,” kata Smith.

Sementara itu, sebuah video berdurasi tiga minit yang dikongsikan di media sosial memaparkan berpuluh-puluh orang awam bertempiaran lari di Orange Avenue selepas mendengar beberapa das tembakan dilepaskan.

Beberapa minit kemudian, video tersebut menunjukkan anggota polis memeriksa dua mangsa yang terbaring di atas jalan di hadapan Wall Street Plaza.

Seorang saksi, Cali Oberbeck  yang berada di sebuah bar berdekatan ketika serangan berlaku berkata, dia dan beberapa orang lagi bersembunyi di dalam premis tersebut selepas terdengar bunyi tembakan.

“Kami mendengar bunyi tembakan dan bersembunyi di tingkat atas selama kira-kira sejam. Kami kemudian keluar dan membantu orang ramai serta melihat ada mangsa yang dibawa menggunakan pengusung,” ujarnya. – Agen

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI