fbpx

Jiran terlalu bising, rumah disembur pewarna

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar rumah jiran yang diconteng dengan ‘spray’ warna akibat terlalu bising.

PETALING JAYA – Kehidupan bermasyarakat memerlukan adab yang tinggi serta saling memahami antara satu sama lain.

Menerusi video yang dimuat naik di sosial media oleh Ridwan, beliau menunjukkan sebuah rumah di kawasan perumahan flat yang disembur dengan pewarna akibat terlalu bising.

Video itu jelas memaparkan ruangan rumah jirannya diconteng dengan perkataan ‘Jiran suka bising’.

“Patut pun kena ‘spray’, memang betul bising. Biar kita miskin harta, jangan miskin adab. Kasihan dapat jiran macam ini,” tulisnya ringkas.

Tinjauan Kosmo! di ruangan komen mendapati rata-rata pengguna sosial media mengecam tindakan pemilik rumah berkenaan dan berkongsikan pengalaman mempunyai jiran yang terlalu bising.

“Aku ada jiran yang jenis terpekik terlolong marah anak sepanjang hari, sangat mengganggu kehidupan seharian,” ujar Megumi.

“Sebab itu aku rela cari rumah lain biar mahal sikit pun janji privasi, duduk flat umpama duduk penjara,” komen Esme.

“Tapi rumah flat memang tiada privasi, jiran sebelah bercakap pun kita boleh dengar dengan jelas. Bahaya betul,” kata Nyna. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI