fbpx

Ainul Mardhiah tenat kena jangkitan kuman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ainul Mardhiah.

Oleh AZMI NORDIN

PETALING JAYA – Adik Ainul Mardhiah yang dahulunya pernah mendapat perhatian rakyat Malaysia selepas menjalani pembedahan di London menghidap Germ Cell Tumor kini berada Unit rawatan rapi Pediatrik (PICU) ekoran jangkitan kuman di dalam badannya.

Menurut ibunya, Nurul Erwanie Zaidi, 27, doktor memberitahu keadaan kali ini agak kritikal dan tenat.

“Satu badan penuh dengan wayar anak mama. Mama tak minta banyak, mohon doakan anak kesayangan mama, Ainul Mardhiah kuat untuk lawan penyakit,” ujarnya melalui hantaran di akaun instagram sebentar tadi.

Nurul Erwanie berkata, Ainul Mardhiah bermula dengan muntah-muntah dan cirit birit dalam masa sehari sebelum kelihatan dia nampak tidak bermaya.

Keadaan Ainul sekarang yang dikongsikan ibunya.

“Selepas melihat keadaan Ainul begitu, terus kami bawa dia ke Unit Rawatan Kecemasan. Doktor memaklumkan keadaannya sudah terlalu tenat disebabkan jangkitan kuman sudah merebak ke semua tempat,” tulisnya.

Dalam pada itu, Erwanie turut menasihatkan buat semua orang agar lebih berhati-hati dengan keadaan sekarang yang tidak tentu jenis penyakit yang ada di sekeliling kita.

“Sekarang ini virus ada di mana-mana, walaupun Ainul hanya duduk di rumah, jaga kebersihan juga masih akan jadi,” ujarnya.

Terdahulu, Kosmo! Melaporkan Ainul Mardhiah yang menghidap Germ Cell Tumour, selamat menjalani pembedahan selepas ketumbuhan pada mulutnya berjaya dibuang oleh sekumpulan pakar bedah dan bius di hospital London.

Dr. Nur Amalina merupakan individu yang bertanggungjawab mengaturkan pembedahan bayi itu di London bagi membuang ketumbuhan seberat 200 gram. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI