fbpx

‘Hamzah nyenyak tidur sepanjang perjalanan ke Kuala Kangsar’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AHMAD KHAIRUL menunjukkan gambar anaknya yang dipercayai maut akibat lemas ketika ditemui di Tanah Perkuburan Islam Masjid Al-Huda, Sungai Ara di sini tadi.

GEORGE TOWN – Jenazah seorang kanak-kanak berusia empat tahun yang disyaki maut akibat lemas ketika bercuti bersama keluarganya di sebuah inap desa di Kuala Kangsar, Perak malam tadi selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Al-Huda, Sungai Ara di sini tadi.

Mangsa, Ahmad Hamzah Ahmad Khairul Nizam dilaporkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh, Perak pada pukul 1.10 pagi tadi.

Bapanya, Ahmad Khairul Nizam Ahamad Fami, 32, berkata, dia tidak menyangka kejadian akan berlaku pada pukul 6.45 petang semalam sebaik mereka sekeluarga baru tiba di inap desa berkenaan.

“Sepanjang perjalanan kami ke sana (Kuala Kangsar) dia (arwah) diam sahaja dan nyenyak tidur sehingga sampai di inap desa.

“Dia dilihat begitu teruja untuk mandi sebaik tiba di sana sedangkan sebelum ini dia takut dengan air kolam, sungai dan laut.

“Kami menyedari kejadian berlaku sebaik melihatnya sudah berada di dasar kolam. Kami terus memaut dan memberi bantuan pernafasan (CPR) sebelum dibawa ke Hospital Kuala Kangsar,” katanya ketika ditemui di Tanah Perkuburan Islam Masjid Al-Huda, Sungai Ara di sini tadi.

Namun begitu, katanya, dia reda dengan pemergian anaknya itu dan percaya anak sekadar pinjaman daripada Allah dan  semuanya berlaku terlalu pantas selepas kematian ibu pada Mac lalu akibat strok

Jenazah kanak-kanak terbabit selamat dikebumikan pada pukul 12.15 tengah hari tadi. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI