fbpx

Bomba keluarkan mayat remaja dari bawah perut lori

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit selepas dilanggar lori muatan batu di Kampung Kepayang, Jalan Gopeng-Simpang Pulai, Ipoh. /FOTO IHSAN JBPM PERAK

IPOH – Seorang remaja lelaki maut akibat kecederaan parah selepas digilis lori muatan batu berhampiran Kampung Kepayang, Jalan Gopeng-Simpang Pulai di sini hari ini.

Kejadian sekitar pukul 11.50 pagi itu mengorbankan, Farhan Iqbal Fahid Nazrul, 17, yang menunggang motosikal jenis Yamaha Y150 di tempat kejadian.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, sepasukan tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Simpang Pulai digerak ke lokasi kejadian untuk bantuan.

Katanya, setibanya di lokasi, didapati mangsa yang cedera parah berada di bahagian bawah sebelah kiri kenderaan berat tersebut.

“Operasi mengeluarkan mangsa mengambil masa kira-kira tujuh minit. Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pasukan perubatan.

“Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. Operasi tamat pada pukul 1.11 tengah hari,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI