fbpx

Warga emas antara 7 ditahan terlibat judi belangkas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PERALATAN dan wang tunai yang dirampas di lokasi tujuh lelaki diberkas ketika leka bermain judi belangkas di Sungai Korok, Jitra hari ini.

JITRA – Polis menahan tujuh lelaki termasuk empat warga emas disyaki terlibat dalam kegiatan judi belangkas menggunakan aplikasi dalam talian di sebuah kedai makan di pekan Sungai Korok dekat sini hari ini.

Dalam serbuan kira-kira pukul 1.30 pagi itu, kesemua suspek berusia antara 35 hingga 70 tahun ditahan ketika sedang leka bermain judi tersebut.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Rodzi Abu Hassan berkata, pihaknya turut menahan seorang suspek berusia 48 tahun yang disyaki penganjur judi belangkas berkenaan.

“Suspek mengaku sebagai ‘banker’ perjudian tersebut yang mana aktiviti itu dipercayai berlangsung sejak dua minggu lalu,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Katanya, pemain judi dipercayai terdiri dalam kalangan rakan kepada penganjur aktiviti itu serta orang tempatan di sekitar kawasan tersebut.

“Siasatan mendapati wang taruhan bermula dari RM10 hingga RM200,” katanya.

Tambahnya, polis turut merampas wang tunai berjumlah RM4,951 dipercayai digunakan dalam pertaruhan judi itu selain menemui pelbagai peralatan perjudian termasuk telefon yang mengandungi aplikasi judi belangkas. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI