fbpx

Tiada petanda perang Ukraine akan tamat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penyelamat membawa mayat seorang wanita yang ditemui di sebalik runtuhan House of Culture yang musnah akibat serangan roket Russia di Chuhuiv pada 26 Julai lalu. - AFP

KIEV – Perang Ukraine tidak menunjukkan tanda-tanda akan berakhir selepas lebih lima bulan diceroboh tentera Russia, bahkan pertempuran menjadi semakin sengit, lapor akhbar Saudi Gazette kelmarin.

Dalam mesyuarat Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Jumaat lalu, duta-duta besar PBB diberi taklimat oleh Ketua Hal Ehwal Politik PBB, Rosemary DiCarlo.

Menurut DiCarlo, perjanjian yang ditandatangani baru-baru ini mengenai penyambungan semula eksport bijirin dengan selamat melalui Laut Hitam dilihat menjadi ‘cahaya’ kepada penyelesaian konflik, walaupun mengakui prospek keamanan agak ‘malap’.

“Perjanjian bijirin adalah petanda bahawa dialog antara dua negara itu (Russia dan Ukraine) boleh dilakukan dalam misi meringankan penderitaan manusia,” kata DiCarlo.

Tambahnya, PBB sedang berusaha sedaya upaya untuk menyokong pelaksanaan perjanjian tersebut yang ditandatangani minggu lalu di Turkiye.

“Walaupun perkembangan mengenai bijirin dan baja adalah menggalakkan, kami tetap sangat bimbang mengenai kekurangan prospek untuk beralih ke arah menyambung semula usaha diplomatik bagi menamatkan perang.

“Retorik daripada mana-mana pihak termasuk mengenai perluasan konflik secara geografi atau menafikan kenegaraan Ukraine dilihat tidak konsisten dengan semangat membina yang ditunjukkan di Istanbul,” katanya kepada Majlis Keselamatan PBB.

Menurut DiCarlo, sejak taklimat terakhirnya pada Jun lalu, serangan maut oleh tentera Russia berterusan tanpa henti sehingga menyebabkan banyak bandar Ukraine musnah.

Bilangan orang awam yang terbunuh, cedera dan cacat juga meningkat. Sehingga Rabu lalu, terdapat 12,272 orang awam terkorban termasuk 5,237 kematian, demikian menurut pejabat hak asasi manusia PBB, OHCHR. – Agensi 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI