fbpx

Portugal alami kemarau terburuk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEBUAH bot berada di atas tanah yang kering di sungai Ribeira de Alge, tengah Portugal pada 8 Februari lalu. - AFP

LISBON – Portugal mengalami musim kemarau terburuk tahun ini apabila 67.9 peratus wilayahnya diletakkan dalam kategori ‘teruk’, 28.4 peratus kategori ‘melampau’ dan baki 3.7 peratus dalam kategori sederhana pada Jun lalu, lapor akhbar Saudi Gazette kelmarin.

Menurut Institut Laut dan Atmosfera Portugis (IPMA), tahun ini adalah paling kering sejak musim kemarau di Portugal bermula pada 1931.

Musim kemarau di Portugal mula meningkat kira-kira setahun lalu, bahkan pada musim sejuk, seluruh wilayah di negara itu mengalami kemarau teruk, demikian menurut IPMA.

Lima daerah di Portugal berada di bawah amaran ‘jingga’ (tahap paling serius pada skala tiga) sehingga hari ini disebabkan suhu tinggi yang berterusan.

Pihak Berkuasa Kecemasan dan Perlindungan Awam Kebangsaan (ANEPC) mengeluarkan amaran kelmarin mengenai bahaya kebakaran akibat tahap kelembapan yang rendah.

Sementara itu, bagi menjamin penggunaan air oleh orang ramai, kerajaan Portugal mengambil langkah untuk memantau dan mengehadkan penggunaan air dalam penjanaan tenaga dan pengairan.

Ia turut memutuskan untuk mengukuhkan pengumpulan air dalam takungan dan empangan, selain menambah baik teknologi ketepatan untuk menjimatkan air di negara itu. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI