PETALING JAYA – Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengambil keterangan bekas bekas Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali bagi membantu siasatan berhubung dakwaan salah guna kuasa dalam siasatan 1Malaysian Development Berhad (1MDB).
Setiausaha Polis Diraja Malaysia (SUPM), Datuk Noorsiah Mohd. Saaduddin berkata, Mohamed Apandi diminta hadir ke Ibu pejabat Polis Bukit Aman kira-kira pukul 2.30 petang esok. – KOSMO! ONLINE