fbpx

Seni budaya, permainan tradisional lenyap 20 tahun lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Permainan tradisional seperti caklempong tidak lagi dikenali dalam kalangan generasi muda masa kini. – Gambar hiasan

PETALING JAYA – Jangka hayat seni kebudayaan termasuk permainan tradisional bakal lenyap dalam tempoh 20 tahun lagi apabila generasi masa kini tidak lagi berminat untuk memeliharanya ekoran ledakan teknologi dan peredaran zaman.

Antara budaya dan permai­nan tradisional yang semakin dilupakan terma­suk gasing, ­congkak, konda kondi, ketinting, tuju getah, tuju selipar dan lagu rakyat, sebahagian adat-adat perkahwinan, jenis-jenis tarian seperti makyung, kuda kepang dan awang batil.

Lebih jelas apabila sebahagian besar rakyat Malaysia tidak lagi mengepos kad-kad jemputan kenduri kahwin, ucapan raya dan poskad secara fizikal tetapi ditukarkan kepada mesej yang dihantar menggunakan aplikasi di te­lefon bimbit.

Penggiat-penggiat seni di negara ini membayangkan bahawa ketiadaan pewaris baharu yang berminat untuk menyambung warisan akan mengakibatkan beberapa amalan tradisi terus dipinggirkan dan dilupakan buat selama-lamanya.

Presiden Warisan Anak Seni Malaysia, Datuk Ahmad Din berkata, Kelantan, Kedah dan Negeri Sembilan disifatkan antara negeri yang paling kuat memegang adat dan tradisi tetapi kini ia dilihat semakin melemah menyebabkan ramai waris sudah tidak mengenal perkara tersebut.

Katanya, berdasarkan pemerhatian, terdapat dua faktor utama yang menjadi penanda aras bahawa jangka hayat khazanah tidak akan bertahan lama.

Gambar hiasan

“Kebanyakan adiguru atau tokoh penggiat seni terdahulu sudah semakin hilang tanpa diwarisi legasi generasi masa kini. Faktor kedua ialah kita tidak boleh menggunakan pendekatan konvensional yang sama serta melayan karenah birokrasi sedia ada.

“Perkara ini seharus­nya diketengahkan bersama penggiat yang peka mengenai seni, adat dan budaya. Jika tiada usaha untuk mengatasi masalah ini, dikhuatiri jangka hayat warisan tersebut akan pupus dalam tempoh 20 tahun lagi,” katanya ketika dihubungi Kosmo! baru-baru ini.

Menurut Ahmad, adalah sesuatu yang sangat merugikan sekiranya segala seni dan adat budaya itu hilang ditelan zaman ke­rana Malaysia terdiri daripada masyarakat berbilang kaum dan pelbagai latar belakang kepada akar tradisi yang menentukan jati diri masing-masing.

Tambahnya, keunikan Malaysia terletak kepada seni budaya seperti wayang kulit di Kelantan hingga tarian kuda kepang dan zapin di selatan Johor.

Ujar Ahmad, jika masih ada yang kenal dan tahu mengenai seni budaya warisan, penghaya­tan yang dimiliki pasti tidak sama kerana konsep yang berbeza se­perti perkahwinan yang menjadi semakin mudah dan tidak memberi kesan yang besar.

Menurutnya, perkara tersebut secara langsung memberi impak jangka masa panjang terhadap jati diri generasi muda terutama kepada bangsa, agama dan negara.

“Pelbagai masalah sosial juga timbul seperti cendawan akibat penghayatan yang lemah. Walaupun mempunyai teknologi, namun perkara ini tidak disela­raskan,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN