fbpx

Pertubungan Peladang jumpa MB Kelantan, Terengganu bincang status tanah tembakau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zamri (tengah) menyampaikan hadiah cabutan bertuah berupa kereta sorong kepada seorang ahli PPK yang hadir pada Mesyuarat Agung Tahunan Kali ke 47/2022 PPK Kangkong di Pasir Mas hari ini. FOTO ROHANA ISMAIL

PASIR MAS – Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) akan mengadakan pertemuan dengan Menteri Besar Kelantan dan Terengganu pada pertengahan bulan depan bagi membincangkan status tanah tanaman tembakau seluas 12,140 hektar untuk digunakan bagi penanaman jagung bijian.

Pengerusi Ahli Jemaah Pengarah Nafas, Datuk Zamri Yaakob, pertemuan itu akan diadakan pada 14 dan 15 Ogos depan dan kertas kerja projek tersebut sudah berada di peringkat akhir.

Menurutnya, Nafas akan menyemak status tanah itu sama ada ia milik kerajaan negeri atau ahli Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) itu sendiri sebelum projek tanaman diusahakan.

“Sehubungan itu, kita bersama Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Eddin Syazlee Shith akan mengadakan pertemuan dengan Menteri Besar kedua-dua negeri pada 14 dan 15 Ogos depan bagi membincangkan mengenai perkara tersebut.

“Nafas sudah mengenalpasti beberapa syarikat luar yang mahu melabur untuk projek tanaman jagung bijian di kedua-dua negeri ini secara besar-besaran nanti,” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Kali ke 47/2022 PPK Kangkong di sini hari ini.

Katanya, daerah terlibat dengan projek itu antaranya Bachok dan Pasir Puteh di Kelantan manakala di Besut bagi negeri Terengganu.

“Projek itu dijangka mampu mengurangkan kebergantungan negara terhadap import jagung bijian yang mencecah RM6 bilion setahun.

“Projek ini juga mampu menyelamatkan pertukaran mata wang asing, memberi peluang pekerjaan dan menambahkan pendapatan ahli PPK,” katanya.

Kosmo! sebelum ini melaporkan, Nafas telah mengenalpasti kawasan seluas 12,140 hektar di Kelantan dan Terengganu yang sebelum ini digunakan bagi tanaman tembakau untuk digunakan semula bagi tanaman jagung bijian.

Nafas dalam satu kenyataan berkata, ia selaras dengan komitmen Nafas untuk membantu kerajaan dalam merealisasikan usaha mengurangkan kebergantungan terhadap import jagung bijian yang merupakan antara bahan mentah utama dalam penghasilan makanan ternakan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI