fbpx

Anak penyu makan plastik, ambil masa enam hari untuk dikeluarkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANAK penyu itu ditemui dengan kesan luka pada badannya. – Zoo Taronga

SYDNEY – Seekor penyu laut hijau yang diselamatkan di pantai Sydney, Australia didapati makan plastik dalam kadar yang amat banyak sehingga mengambil masa enam hari untuk dikeluarkan, lapor laman berita Wion News semalam. 

Anak penyu seberat 127 gram (g) itu ditemui di kolam batu tidak jauh dari Pantai Tamarama. Ia mempunyai lubang pada cengkerangnya, kesan luka pada satu siripnya manakala satu lagi sirip belakangnya telah hilang.

Selain luka-luka tersebut, kakitangan di hospital haiwan Zoo Taronga memaklumkan bahawa anak penyu itu mempunyai kesihatan fizikal yang baik dan boleh berenang tanpa kesukaran.

Kesihatan haiwan tersebut juga telah pulih dan beratnya bertambah kepada 400 g. Namun, meskipun ada perkembangan, ia memerlukan tempoh setahun sebelum dikembalikan ke alam liar dan pantai.

Meskipun sesetengah negeri seperti New South Wales, Queensland dan Australia Barat telah menggubal peraturan larangan plastik sekali guna yang lebih ketat, skop mengenai isu itu dilihat kadangkala lebih sukar.

Pada setiap tahun, lebih lapan juta tan plastik dibuang ke laut dengan sebahagian besarnya dimendapkan di sepanjang pantai, dibawa ke laut melalui sungai atau ditinggalkan oleh bot nelayan, demikian menurut penyelidikan. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI