fbpx

Yves mohon maaf guna gambar kartun ‘sensitif’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
YVES mengakui kesilapan dan memohon maaf selepas ditegur peminat gara-gara sekeping gambar kartun yang dikongsikannya.

PENYANYI kumpulan LOONA, Yves tidak menunggu lama untuk mengakui kesilapan dan memohon maaf selepas ditegur peminat gara-gara sekeping gambar kartun yang dikongsikannya.

Semuanya berlaku selepas Yves berkongsi gambar bibirnya yang membengkak akibat alergik dan peminat kemudian menyamakannya seperti satu watak bernama Ko Eunae dalam sebuah kartun popular berjudul Dallyulah.

Disebabkan terhibur dengan komen peminat, Yves tanpa niat berselindung kemudian menggunakan gambar kartun berkenaan sebagai foto profil terbaharu untuk akaun ruangan sembangnya, FAB.

Tindakan selamba Yves bagaimanapun tidak disenangi sesetengah peminat kerana melabelkan foto tersebut sebagai sangat sensitif.

Hal ini kerana foto kartun dengan bibir tebal itu disamakan dengan karikatur rasis terhadap kaum Afrika suatu ketika dahulu di Amerika Syarikat.

Yves menjelaskan, dia menggunakan gambar tersebut kerana kartun berkenaan pernah sangat popular di Korea Selatan.

“Saya dapati kalian kecewa kerana saya menggunakan gambar itu. Saya minta maaf kepada yang terkesan.

“Selepas ini saya akan berhati-hati sebelum melakukan sebarang tindakan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI