fbpx

MAHA 2022: Pelaburan RM4 bilion pemain industri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Datuk Seri Dr Ronald Kiandee.

SERDANG – Pameran Pertanian, Hortikultur dan Pelancongan Agro Malaysia 2022 (MAHA 2022) dijangka melibatkan pelaburan lebih RM4 bilion sepanjang tempohnya bermula 4 hingga 14 Ogos.

Menteri Pertanian dan Industri Makanan (MAFI), Datuk Seri Ronald Kiandee berkata, pelaburan oleh pemain industri domestik dan juga teknologi dari luar negara akan dimuktamadkan melalui sembilan Memorandum Persefahaman (MOU) selama 11 hari penganjuran berlangsung.

“Saya lihat sambutan daripada pemain industri tempatan agak menggalakkan dan ruang pameran yang disediakan juga tentu akan beri peluang kepada pemain industri kecil, sderhana dan besar bagi mempromosikan produk hiliran daripada sektor pertanian,” ujarnya pada sidang akhbar ketika Media Tour MAHA 2022 @Road To MAHA Zon Tengah di MAEPS, dekat sini hari ini.

Menurutnya, MAHA 2022 ini akan mengetengahkan pendekatan dan mekanisasi serta kandungan baharu berasaskan teknologi, terutamanya Internet Kebendaan (IoT) demi meningkatkan produktiviti dan kecekapan lebih baik.

Mengulas berkenaan persiapan MAHA 2022, beliau memberitahu, pihaknya yakin dalam tempoh tiga hari sebelum MAHA beroperasi sepenuhnya (4 Ogos) semua persiapan akan lengkap.

“Kita jangka sebanyak 1,500 booth pameran akan dibuka dan kita yakin lebih ramai pengunjung akan hadir ke MAHA 2022 kali ini selepas penganjurannya ditunda pada 2020 akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan penutupan sempadan.

“Kita harap pengunjung dapat mengunjungi kesemua lapan laman yang disediakan, antaranya pertanian dan penternakan yang mana terdapat 22 segmen yang menampilkan tarikan dan segmen yang tersendiri,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI