fbpx

31 warga Myanmar ditahan di ladang getah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sekumpulan PATI yang ditahan ketika cuba menyusup masuk ke negara ini di Bukit Kayu Hitam pada semalam.

BUKIT KAYU HITAM – Seramai 31 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar ditahan kerana cuba menyeludup masuk ke negara ini menerusi laluan ladang getah dekat sempadan Malaysia-Thailand di sini semalam.

Kesemua PATI terdiri daripada 21 lelaki dan 10 wanita berusia antara 18 hingga 44 tahun itu ditahan dalam kawasan tanggungjawab Briged Keenam Infantri Malaysia kira-kira pukul 9.30 pagi.

Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia (2 Divisyen) dalam satu kenyataan memberitahu, kumpulan PATI itu dikesan ketika cuba menyusup masuk ke negara ini melalui pagar sempadan.

“Anggota bertugas lalu menjejak dan menahan kesemua mereka yang cuba bersembunyi di kawasan semak dalam ladang getah berhampiran sempadan.

“Pemeriksaan dijalankan mendapati mereka tidak memiliki sebarang dokumen perjalanan sah,” katanya.

Menurut kenyataan itu, pihaknya merampas tiga telefon bimbit, 31 beg pakaian serta wang tunai bernilai hampir RM950. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI