fbpx

Costa dalam radar Mourinho

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
COSTA adalah salah seorang penyerang yang mahu dibeli Mourinho bagi meringankan beban Kane di bahagian serangan Spurs musim ini. – AFP

LONDON – Tottenham Hotspur sudah mempunyai senarai penyerang-penyerang yang mahu dibeli bagi memberikan soko­ngan tambahan kepada Harry Kane di bahagian serangan pa­sukan itu sebelum jendela perpindahan ditutup bulan depan.

Spurs tidak mempunyai penyerang berkualiti yang dapat menggantikan tempat Kane sekiranya kapten England itu mengalami kecederaan panjang sekali gus terpaksa mengharapkan pemain sayap, Son Heung-Min mengisi kekosongan tersebut.

Difahamkan, pengurus Spurs, Jose Mourinho tidak menolak peluang untuk membeli semula penyerang kegemarannya, Diego Costa dari Atletico Madrid memandangkan mereka berdua pernah bersama-sama di Chelsea dari 2014 hingga 2015.

Walaupun cuma sempat bergandingan selama semusim sebelum Mourinho dipecat pada hujung 2015, namun kedua-dua individu itu adalah watak penting dalam kejayaan Chelsea menjulang kejuaraan Liga Perdana Inggeris pada 2014/2015.

“Saya terima segala keputusan jika kelab mahu menjual atau mengekalkan saya di sini,” kata Costa yang mempunyai baki kontrak 12 bulan sahaja lagi dengan Atletico.

Bukan itu sahaja, Mourinho, 57, turut mengintai empat lagi penyerang lain seperti Arkadiusz Milik dari Napoli, Bas Dost (Eintracht Frankfurt), Willian Jose (Real Sociedad) dan Wout Weghorst (VFL Wolfsburg).

Ini kerana pengendali dari Portugal itu enggan mengambil risiko walaupun baru sahaja berjaya membawa pulang Gareth Bale daripada Real Madrid kerana bintang Wales itu masih mengalami kecederaan lutut ketika ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI