fbpx

Sah serpihan roket China di ruang udara Sarawak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Roket Long March 5B milik China.

PETALING JAYA – Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) mengesahkan serpihan roket Long March 5B milik negara China melintasi ruang udara Malaysia serta dapat dikesan di beberapa kawasan sekitar Sarawak.

Menerusi kenyataan dikeluarkan, pemantauan secara berterusan oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti) melalui MYSA serta kenyataan oleh Agensi Angkasa China memaklumkan, kemasukan semula serpihan tersebut ke ruang udara bumi dikesan pukul 12.55 tengah malam tadi, waktu Malaysia.

“Serpihan roket itu telah terbakar semasa memasuki ruang udara bumi dan pergerakan serpihan yang terbakar turut melintasi ruang udara Malaysia.

“Ia dapat dikesan di beberapa kawasan termasuk melintasi ruang udara sekitar Sarawak,” katanya hari ini.

Dalam pada itu, MYSA memaklumkan, sisa serpihan yang terbakar direkodkan jatuh di sekitar Laut Sulu iaitu kawasan antara latitud 9.10 utara dan longitud 119.0° timur.

Terdahulu, tular di media sosial penduduk Sarawak gempar kewujudan objek di ruang udara dengan gambar dan video dikongsikan mereka yang menyaksikan kejadian itu. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI