fbpx

Kertas siasatan kes dera budak autisme diserah kepada TPR Isnin ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kanak-kanak autisme berusia enam tahun yang disyaki menjadi mangsa dera.

JOHOR BAHRU – Polis sedang melengkapkan kertas siasatan berhubung kes penderaan kanak-kanak autisme berusia enam tahun di pusat terapi di Skudai, di sini.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupiah Abd Wahid berkata, kertas siasatan itu akan diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR) dalam masa terdekat setelah ia dilengkapkan.

Setakat ini polis merakam percakapan seorang pegawai perubatan dan tiga ahli terapi di pusat berkenaan.

“Selepas ini, kita akan memanggil pakar kanak-kanak untuk merekodkan percakapan selain mendapatkan laporan kesihatan.

“Sekiranya siasatan berjalan lancar, kita akan menyerahkan kertas siasatan kepada Timbalan Pendakwa Raya pada Isnin ini,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Kelmarin, tular di media sosial mengenai perkongsian pengguna akaun bernama Cik Puan Zetty yang mendakwa anak istimewanya menjadi mangsa dera di pusat terapi berkenaan.

Wanita itu menghantar anaknya ke pusat terapi tersebut sejak 2019. Kejadian dera itu dikesan sejak awal tahun malah semakin teruk pada 7 Julai lalu dengan lebam pada bahu kiri dan cubitan di dada. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI