fbpx

Persatuan Belia Behrang Stesen anjur program kumpul dana beli van jenazah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hang Soon bersama penggerak Program Sembang Kopi Komuniti dan Liga Amal Tujuh Sebelah

PETALING JAYA – Persatuan Belia Behrang Stesen menganjurkan Program Sembang Kopi Komuniti dan Liga Amal Tujuh Sebelah bagi mengumpul dana untuk membeli sebuah van jenazah.

Pengerusi program berkenaan, Mohd. Syahrul Rahim berkata, usaha membeli van itu bagi kegunaan Masjid Raja Muda Musa di Behrang Stesen, Perak ekoran van jenazah sedia ada sudah usang.

“Sehubungan itu, satu tabung telah ditubuhkan sebagai sumbang bakti kepada masjid berkenaan dengan mengadakan kejohanan amal bola sepak tujuh sebelah.

“Kesemua wang pendaftaran kejohanan diserahkan untuk tabung bantuan van jenazah sebagai sumbangan wakaf kepada masjid,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sementara itu, Timbalan Menteri Pendidikan 1, Datuk Dr. Mah Hang Soon semasa menghadiri program tersebut mengumumkan sumbangan sebanyak RM5,000 bagi membantu merealisasikan pembelian van berkenaan. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI