fbpx

Tidak perlu isi Kad Pengembara masuk Malaysia mulai Isnin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA- Pengembara yang memasuki Malaysia tidak perlu lagi mengisi dan melengkapkan ciri-ciri di Kad Pengembara (Traveller’s Card) di dalam aplikasi MySejahtera mulai 1 Ogos ini.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, kelonggaran itu diputuskan berikutan sistem kesihatan berada pada tahap baik dan terkawal selain memudahkan prosedur kemasukan pengembara ke Malaysia.

“Kementerian Kesihatan (KKM) akan sentiasa mempergiatkan aktiviti pemantauan gejala dalam kalangan pengembara di semua pintu masuk antarabangsa (PMA).

“Semasa ketibaan di PMA, sekiranya pengembara dikesan demam melalui pengimbas suhu atau tidak sihat melalui rujukan kendiri, mereka akan dirujuk untuk pemeriksaan semula oleh pihak kesihatan,” katanya dalam satu kenyataan di sini tadi.

Menurutnya, selepas penilaian kesihatan dibuat, jika disyaki menghidap penyakit berjangkit seperti Covid-19, monkeypox, MERS-CoV atau lain- lain mereka akan dirujuk ke fasiliti kesihatan berhampiran untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut.

“Semua pengembara yang tiba dari luar negara hendaklah mengamalkan pemantauan status kesihatan kendiri, mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan serta dinasihatkan pergi ke fasiliti kesihatan berhampiran untuk pemeriksaan jika tidak sihat,” ujarnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI