JAHATNYA mulut netizen. Niat hendak menegur atau memberi nasihat, tapi bahasa yang digunakan sangat kasar.
Itu yang terjadi kepada pelakon Sharifah Sakinah gara-gara tampil dengan imej botak. Sakinah yang botak, netizen pula yang panas! Ada juga yang tulis penampilannya itu teruk, buruk dan hodoh sebagai seorang wanita.
“Teruk, buruk, hodoh,” kata seorang netizen.
“Tiak tam (ketiak hitam),” perli seorang lagi netizen.
“Serius tak cantik,” ujar seorang pengikutnya.
Sakinah tak kisah pun, bahkan dia jawab kecaman netizen dengan bahasa yang sopan. Cuma Diva rasa, netizen dah melampau sangat. Suka-suka mengata orang buruklah, hodohlah. Awak cantik sangat ke?
DIVA; Tak sabar rasanya nak dengar single terbaharu Elyana yang bakal keluar tidak lama lagi.