fbpx

England yakin mampu jadi juara Euro Wanita 2022

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WIEGMAN (tengah) percaya England mampu memanfaatkan aksi di hadapan penyokong sendiri untuk membenam Jerman pada aksi final tengah malam ini. – AFP

LONDON – Jurulatih England, Sarina Wiegman percaya pasukannya terlalu sukar untuk ditewaskan oleh mana-mana pasukan termasuk Jerman yang bakal dihadapi dalam pentas final Euro 2022 di Stadium Wembley tengah malam ini.

Wiegman yakin peluang menentang juara lapan kali pasti memberi inspirasi buat anak buahnya untuk mencipta legasi di depan penyokong sendiri ketika sambutan peminat terhadap perlawanan cukup luar biasa apabila semua tiket habis dijual.

“Saya fikir pemain sudah pun memiliki kekuatan mental dan saya yakin mereka mampu untuk menewaskan siapa saja jika kami melakukan kerja dengan baik. Sepanjang pertandingan ini, kami sudah pun membuktikan yang kami sebenarnya mampu.

“Ia tidak hanya kata-kata, tetapi kami perlu terjemahkan menerusi tindakan dan cuba membantu antara satu sama lain. Kami sudah melakukan tugas dengan baik dan keyakinan pemain makin meningkat.

“Kini kami hanya perlu tampil di tahap tertinggi dan cuba menjaringkan gol. Ia menjadi inspirasi buat England dan jika kami mampu memenangi kejohanan utama, ia pasti menghadirkan kelainan,” katanya.

Sepanjang sejarah penganjuran, Jerman menjadi pasukan paling berjaya apabila dinobatkan selaku juara dalam semua lapan final disertai mereka, manakala pencapaian terbaik England adalah naib juara pada edisi 1984 dan 2009.

Perhitungan ini juga bakal menjadi detik balas dendam buat England selepas Jerman berjaya menewaskan mereka 6-2 pada final 2009. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI