fbpx

Manchester City sedia lepaskan Bernardo Silva ke Barcelona

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SILVA bakal menerima gaji lumayan sekiranya berminat berhijrah menyertai Liga Profesional Arab Saudi.

MANCHESTER – Manchester City membuat keputusan untuk menawarkan khidmat pemain tengahnya, Bernardo Silva kepada Barcelona dengan me­minta bayaran perpindahan sebanyak £67 juta (RM362.68 juta).

Silva sebelum ini mengakui berminat untuk menyertai Barcelona, namun pengurus pasukan, Pep Guardiola masih berminat untuk terus mengekalkan khidmatnya bagi saingan musim depan.

Bagaimanapun, City dilaporkan mengubah pendirian mereka apabila bersedia melepaskan Silva bagi menampung dana untuk mendapatkan khidmat pemain tengah Olympique Lyon, Lucas Paqueta.

Silva sebelum ini turut dikaitkan dengan perpindahan ke Paris Saint-Germain sebagai subjek pertukarannya dengan Neymar, namun Guardiola terlebih dahulu mengakui tidak berminat dengan tawaran ber­kenaan.

Setakat ini, City berjaya me­raih pendapatan sebanyak £150 juta (RM811.98 juta) hasil penjualan beberapa pemainnya termasuk Raheem Sterling, Gabriel Jesus dan Oleksandr Zinchenko pada jendela kali ini.

Guardiola dikatakan berminat untuk mendapatkan Paqueta yang turut menarik perhatian beberapa lagi pasukan di Liga Perdana Inggeris termasuk Arsenal dan Newcastle de­ngan percubaan mengemukakan tawaran sebanyak £68 juta (RM368.10 juta) buat Lyon.

Barcelona yang dilaporkan berdepan masalah kewangan setakat ini berjaya mendapatkan khidmat beberapa pemain baharu termasuk membelanjakan sebanyak £150 juta untuk mendapatkan Robert Lewandowski, Raphinha dan terbaharu, Jules Kounde.

The Catalans dikatakan menerima suntikan dana tunai sebanyak £268 juta (RM1.45 bi­lion) hasil penjualan 15 peratus saham mereka dalam stesen televisyen domestik sekali gus mengukuhkan lagi struktur kewangan mereka setakat ini.
– AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN