fbpx

Pelbagai reaksi timbul sambut Alex Ferguson

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FERGUSON kembali berada dalam lembaga pengarah United dalam usaha mereka mengembalikan zaman kegemilangan selepas berdepan krisis prestasi hebat ketika ini. – AFP

MANCHESTER – Para peminat Manchester United menzahirkan reaksi yang pelbagai selepas kelab berkenaan melantik pe­ngurus legenda mereka, Alex Ferguson yang bakal memainkan peranan sebagai penasihat pasukan itu pada Jumaat lalu.

Perkembangan itu menyaksikan pelbagai pandangan termasuk ada yang menganggap ia adalah langkah positif, manakala sebahagian lagi percaya bahawa kelab berkenaan perlu bergerak dengan identiti baharu dan tidak lagi terikat dengan pengurus dari Scotland itu.

Ferguson dilantik oleh Ketua Pegawai Eksekutif United, Ri­chard Arnold untuk menjadi ahli pemikir dalam usaha mendapatkan nasihat dalam semua aspek serta memberikan sokongan kepada pengurus baharu, Erik Ten Hag dalam usaha membina semula pasukan.

Ramai peminat juga percaya The Red Devils tidak perlu dibayangi oleh kejayaan masa lalu sebaliknya berusaha untuk mencerminkan identiti yang le­bih segar.

“Secara peribadi, saya fikir United perlu biarkan Fergie te­rus kekal bersara kerana beliau telah banyak memberi untuk kelab ini dan kelab ini juga perlu meninggalkan masa lalu untuk bergerak ke hadapan,” kata salah seorang peminat.

Salah seorang lagi peminat mengakui bahawa memandang ke belakang untuk bergerak ke hadapan adalah keputusan yang berisiko diambil oleh pengurusan kelab berkenaan.

“Masa untuk Fergie telah berlalu, kini adalah ruang buat Ten Hag. Kami perlu bergerak dan meninggalkan kenangan bersama Sir Alex,” jelas seorang lagi peminat mereka.

Ferguson meninggalkan Uni­ted sebaik musim 2012/13 ber­akhir dan berjaya membantu pasukan itu merangkul 38 trofi sepanjang 26 tahun di Old Trafford.

Kejayaan itu menyebabkan ada sebahagian penyokong percaya bahawa pihak pengurusan telah membuat keputusan tepat membawa masuk semula Ferguson ketika United berdepan krisis prestasi dan kemarau trofi sejak 2017.

“Ia sepatutnya berlaku 10 tahun lalu sebelum segala kekalutan ini berlaku. Akhirnya pihak pengurusan melakukan suatu yang tepat,” ujar peminat yang menyokong keputusan itu.
– AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI