fbpx

Shakira berdepan hukuman penjara kerana didakwa menipu cukai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penyanyi dan penulis lagu, Shakira. - AFP

MADRID – Pendakwa raya Sepanyol menggesa hukuman penjara yang panjang dan denda berat dikenakan ke atas bintang pop Colombia, Shakira atas dakwaan penipuan cukai, lapor laman berita RT semalam.

Menurut laporan agensi berita EFE, Shakira atau nama penuhnya Shakira Isabel Mebarak Ripoll dituduh gagal membayar cukai AS$14.72 juta (RM65.51 juta) antara 2012 hingga 2014 kepada kerajaan Sepanyol.

Menurut pendakwa raya, Shakira tinggal bersama pasangannya, Gerard Pique di Barcelona, Sepanyol secara tetap dalam tempoh tersebut. Mereka meluangkan masa lebih enam bulan pada setiap tahun di sana tetapi mengekalkan cukai rasmi pemastautinnya di Bahamas sehingga 2015.

Shakira bagaimanapun mendakwa dia tidak tinggal di negara itu pada tempoh masa tersebut maka tidak perlu membayar cukai di sana.

Pihak pendakwaan menuntut hukuman penjara lapan tahun dan dua bulan terhadap Shakira serta denda lebih AS$23.5 juta (RM104.59 juta). Tarikh perbicaraan masih belum ditetetapkan.

Dakwaan itu dibuat selepas penyanyi kelahiran Colombia itu menolak penyelesaian pada Rabu lalu di mana dia terpaksa mengaku melakukan kesalahan tersebut.

Menurut peguamnya, Shakira benar-benar yakin dia tidak bersalah dan memutuskan untuk pergi ke mahkamah bagi membuktikan pendiriannya.

Pasukan perhubungan awam Shakira menegaskan bahawa dia tidak pernah cuba menipu pihak berkuasa.

Lebih-lebih lagi apabila Shakira telah membayar wang yang dituntut oleh Agensi Cukai Sepanyol bersama-sama faedah yang dipercayai sekitar AS$3.04 juta (RM13.53 juta).

Shakira yang bergelar ‘Ratu muzik Latin’ mencatatkan jualan album lebih 80 juta unit di seluruh dunia. Dia telah memenangi tiga Anugerah Grammy, 12 Grammy Latin dan empat Anugerah Muzik Video MTV. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI