fbpx

IOI Properties, Affin Bank tawar bayaran bulanan rendah beli rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TEH Chin Guan (tengah) bersama Pengarah Urusan Affin Bank, Jessie Wong ketika melancarkan kempen ‘Affin Home Step Fast/i loan’ semalam.

PETALING JAYA – IOI Properties Group Berhad (IOIPG) menjalinkan kerjasama bersama Affin Bank bagi menawarkan penyelesaian kewangan kepada pembeli rumah menerusi kempen ‘Affin Home Step Fast/i loan’.

Ketua Pegawai Operasi IOIPG, Teh Chin Guan berkata, kempen itu memberi kemudahan kepada pembeli rumah serta pelabur hartanah membuat bayaran balik pinjaman setiap bulan dengan hanya membayar kadar faedah bagi lima tahun pertama.

“Penyelesaian oleh Affin Bank ini memberi peluang kepada pembeli untuk membuat bayaran balik pinjaman dengan kadar yang rendah selama lima tahun berbanding pinjaman rumah konvensional.

“Pinjaman ini dapat membantu mengurangkan bebanan pembeli rumah yang terjejas akibat pekerjaan tidak tetap, ekonomi tidak menentu dan lonjakan kadar faedah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, kempen berkenaan memberi ruang kepada pembeli rumah untuk mendapat tawaran margin kewangan sebanyak 90 peratus serta 5 peratus melibatkan MRTA/MRTT/CLTA/MLTT, yuran setem, yuran peguam cara dan yuran penilaian.

Selain itu, tempoh pinjaman yang diberikan pula selama 30 tahun atau sehingga peminjam berusia 70 tahun bagi hartanah kediaman bernilai RM500,000 ke atas.

Tambahnya, kempen ini meliputi pelbagai projek perumahan di bawah IOIPG termasuk di IOI Resort City Putrajaya, Bandar Puteri Puchong, Bandar Puchong Jaya, Bandar Puteri Bangi, Warisan Puteri Sepang dan 16 Sierra.

“Di negeri Johor pula melibatkan Bandar Putra Kulai, Marina Cove, The Platino dan Taman Kempas Utama,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI