fbpx

Pertukaran portfolio bukan isu besar – Bung Moktar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bung Moktar bercakap dengan pemberita di kediamannya di Kota Kinabalu hari ini.

Oleh IVAN AMIRUL

KOTA KINABALU – Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin menyatakan pertukaran portfolio dengan Timbalan Ketua Badan Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Sabah, Datuk Masidi Manjun bukan suatu isu besar.

Bung berkata, dia menyifatkan ia hanyalah masalah komunikasi dan tidak akan menggugat pentadbiran negeri.

“Perkara ini bukan isu melainkan hanya salah faham malahan perubahan ini berlaku mengikut kesesuaian.

“Sebalik kita gembira disebabkan kini kita sudah menjadi sebahagian kerajaan negeri yang bertanggungjawab membangunkan negeri dan rakyat.

“Kita akan saling bekerjasama sekaligus yakin mampu bertahan lama di dalam kerajaan baharu ini,” katanya ketika sidang akhbar di kediaman beliau hari ini.

Bung Moktar yang beberapa jam sebelum ini dilantik sebagai Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah kini memegang jawatan Menteri Kerja Raya Sabah manakala Datuk Masidi Manjun memegang portfolio yang dipegang Bung Moktar sebelumnya.

Bagaimanapun, Ketua Menteri, Datuk Hajiji Noor menerusi sidang akhbar pertama beliau turut mengumumkan portfolio baharu bagi Masidi iaitu Menteri Kewangan ll.

Sementara itu, Bung memaklumkan media beliau bakal melapor diri di pejabat Kementerian Kerja Raya esok.

“Saya akan melapor diri ke pejabat esok selain berjumpa pengarah bagi mendapatkan semua input hala tuju kementerian.

“Selain itu, kita juga akan mengutamakan pelbagai perancangan penting dalam kementerian seperti yang dijanjikan kepada rakyat,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI