fbpx

Tuanku Muhriz berkenan hadir Sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri Sembilan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tuanku Muhriz berkenan hadir pada Sambutan Maal Hijrah 1444 Hijrah di Masjid Negeri, Seremban malam ini.

SEREMBAN – Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir berkenan mencemar duli ke Majlis Sambutan Maal Hijrah 1444 Hijrah di Masjid Negeri, dekat sini malam ini.

Baginda tiba kira-kira pukul 7.10 malam bersama Tuanku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud dan kedua-dua putera baginda iaitu Tunku Besar Seri Menanti, Tunku Ali Redhauddin Tuanku Muhriz dan Tunku Zain Al-’Abidin Tuanku Muhriz.

Baginda kemudian turut membaca doa akhir tahun dan awal tahun sempena Maal Hijrah yang dipimpin oleh Mufti Negeri Sembilan, Datuk Mohd. Yusof Ahmad seterusnya menunaikan solat maghrib dan isyak bersama jemaah lain.

Dalam pada itu, Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun dalam ucapannya berkata, beliau berharap semua pihak dapat memainkan peranan masing-masing agar generasi akan datang sentiasa terpelihara daripada anasir negatif yang boleh melunturkan jati diri dan agama.

“Jadikanlah ibrah tahun baharu Islam ini sebagai pemangkin ummah yang sejahtera dan harmoni selamanya. Segala cabaran akan terus didepani bersama secara kolektif, dengan mencari titik persamaan dan mengetepikan perbezaan.

“Ambillah semangat hijrah ini untuk mencapai kehidupan beragama yang lebih jitu dan utuh.

“Islam melarang kita untuk taksub kepada agama secara membuta tuli, namun Islam menyarankan kita untuk memperjuangkan agama sesuai dengan kehendak syariat,” katanya lagi. -KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI