fbpx

KPDNHEP Perak rampas barang guna cap dagangan tidak sah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penguat kuasa KPDNHEP Perak melakukan pemeriksaan di salah satu premis ketika operasi di Ipoh kelmarin.

IPOH – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Perak merampas 3,400 minyak wangi pelbagai jenis dan 426 pelembap badan yang disyaki menggunakan cap dagangan berdaftar secara salah dalam satu operasi di sekitar bandar ini kelmarin.

Pengarahnya, Saifullizan Kamarul Zaman berkata, operasi yang dilaksanakan di tiga lokasi berkenaan turut merampas tanda harga, resit-resit dan dokumen peniagaan di premis terbabit dengan nilai rampasan keseluruhan dianggarkan berjumlah RM80,375.

“Semua kes akan disiasat dibawah Akta Cap Dagangan 2019 dibawah kesalahan Seksyen 102 (1)(c) Akta Cap Dagangan 2019 iaitu mempunyai dalam kawalan bagi maksud perdagangan suatu cap dagangan berdaftar yang dipakaikan dengan salah dibawah Seksyen 100 Akta yang sama.

“Jika sabit kesalahan, sekiranya yang terlibat merupakan pertubuhan perbadanan, mereka akan didenda tidak melebihi RM15,000 bagi setiap barang yang dipakaikan dengan salah cap dagangan berdaftar,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Bagi kesalahan kedua atau berikutnya, beliau berkata, mereka boleh didenda tidak melebihi RM30,000 bagi setiap barangan yang dipakaikan dengan salah cap dagangan berdaftar.

“Sekiranya individu terlibat bukan pertubuhan perbadanan, mereka akan didenda tidak melebihi RM10,000 bagi setiap barangan yang dipakaikan dengan salah cap dagangan berdaftar atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

“Bagi kesalahan kedua atau berikutnya didenda tidak melebihi RM20,000 bagi setiap barangan yang dipakaikan dengan salah cap dagangan berdaftar atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI