fbpx

Penduduk Jepun digesa ambil suntikan vaksin influenza

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penduduk Jepun digesa mendapatkan suntikan influenza kerana wabak bermusim itu dijangka melanda ketika musim sejuk bersama-sama Covid-19. - Japan Times

TOKYO – Persatuan Penyakit Berjangkit Jepun menggesa orang ramai mengambil suntikan vaksin influenza pada kadar segera, lapor akhbar Mainichi semalam.

Persatuan itu turut memberi amaran bahawa wabak influenza bermusim berkemungkinan melanda Jepun pada musim luruh hingga musim sejuk tahun ini di samping Covid-19.

Pakar-pakar  kesihatan menasihati orang ramai, terutamanya warga tua, kanak-kanak dan mereka yang mempunyai masalah kesihatan untuk mendapatkan vaksin  influenza.

Mereka menyebut tentang peningkatan kes influenza di Australia, manakala  situasi di hemisfera selatan itu digunakan sebagai rujukan untuk meramalkan wabak influenza di hemisfera utara.

“Kemungkinan wabak influenza  akan turut berlaku dari musim luruh hingga musim sejuk tahun ini,” tulis kenyataan tersebut.

Tiada wabak influenza berskala besar di Jepun sejak wabak koronavirus melanda negara itu pada Februari 2020.

Imuniti kumpulan terhadap influenza pula dikhuatiri menjadi semakin lemah sejak dua tahun lalu. 

Organisasi itu menyatakan bahawa wabak besar-besaran melibatkan kanak-kanak, mungkin berlaku jika jangkitan merebak.

Ia juga menunjukkan kemungkinan influenza A iaitu subvarian H3N2 akan menjadi varian utama pada musim ini. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI