fbpx

JAS Pulau Pinang terima banyak aduan pembakaran terbuka di taman perumahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sharifah Zakiah (tengah) ketika pelancaran Kempen Pengumpulan Barangan Elektrik dan Elektronik Isi Rumah di Wisma Persekutuan, Kepala Batas, hari ini.

SEBERANG PERAI – Jabatan Alam Sekitar (JAS) Pulau Pinang akan meningkatkan pemantauan dan penguatkuasaan aktiviti pembakaran terbuka bagi tujuan menangani pencemaran udara di negeri ini.

Pengarah JAS negeri, Sharifah Zakiah Syed Sahab berkata, sebanyak 364 aduan pembakaran terbuka direkodkan sehingga 20 Julai lalu.

Katanya, pembakaran sampah-sarap mencatatkan rekod tertinggi dengan 123 kes yang kebanyakannya membabitkan kawasan taman perumahan diikuti dengan kawasan kebun kecil, belukar dan tapak pelupusan sampah haram.

“Dalam tempoh sama, sebanyak 28 kompaun berjumlah RM56,000 telah dikeluarkan mengikut Seksyen 29A Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.

“Kita amat mengharapkan penduduk taman perumahan khususnya supaya tidak melakukan aktiviti pembakaran terbuka kerana asap dan bau akan mengganggu jiran-jiran lain.

“Jangan bakar sampah atau tayar, sebaliknya uruslah sampah dengan lebih berhemah seperti pengasingan buangan dan kitar semula,” katanya selepas merasmikan Taklimat Larangan Pembakaran Terbuka di Wisma Persekutuan di Kepala Batas di sini hari ini.

Pada majlis sama, beliau turut melancarkan Kempen Pengumpulan Barangan Elektrik dan Elektronik Isi Rumah bagi menggalakkan orang awam membuang peralatan elektrik dengan betul sekali gus mengurangkan risiko ancaman kesihatan dan pencemaran alam sekitar. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI