fbpx

Jalan sekitar Padang Kota ditutup esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lokasi penutupan beberapa jalan di Padang Kota, George Town bermula pukul 4 petang hingga 12 tengah malam esok.

GEORGE TOWN – Beberapa jalan di sekitar kawasan Padang Kota di sini akan ditutup sepenuhnya kepada kenderaan dan lalu lintas bermula pukul 4 petang sehingga 12 tengah malam esok.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komissioner Soffian Santong berkata, penutupan Jalan Tun Syed Sheh Barakbah, Jalan Padang Kota Lama dan Lebuh Light adalah berikutan penganjuran sambutan Festival Bon Odori Tahun 2022 peringkat Pulau Pinang.

“Dijangka seramai 50,000 pengunjung akan menghadiri acara sambutan festival tersebut secara berperingkat.

”Orang ramai dinasihatkan merancang perjalanan masing-masing agar tidak terperangkap dalam kesesakan lalu lintas.

“Mereka juga dinasihatkan menggunakan laluan alternatif dan tidak menggunakan jalan-jalan yang akan ditutup sepenuhnya bermula pukul 4 petang hingga 12 tengah malam esok,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) juga telah menyediakan beberapa tempat letak kenderaan di sekitar kawasan sambutan bagi memudahkan pengunjung.

“Antara lokasi tempat letak kenderaan awam dan persendirian adalah parkir bertingkat Lebuh Union, parkir bertingkat Lebuh Pantai, Lebuh King, Lebuh Penang, Lebuh Downing dan Pesara King Edward,” tambahnya. KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI