fbpx

Dua lagi pendaki tewas di Gunung K2

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mayat dua pendaki itu ditemui di gunung K2 di Pakistan. - AFP

ISLAMABAD – Seorang pendaki Australia manakala seorang lagi dari Kanada, ditemui mati di utara Pakistan ketika cuba mendaki gunung kedua tertinggi di dunia, K2, lapor laman berita Wion News. 

Jabatan Hal Ehwal Luar dan Perdagangan Australia mengesahkan kematian Matther Eakin dan mengucapkan takziah kepada keluarga serta rakan-rakannya. Mayat mangsa ditemui dengan menggunakan dron kelmarin. 

Jabatan Hal Ehwal Luar Kanada pula mengesahkan kematian seorang rakyatnya di Pakistan menerusi kenyataan serupa.

Satu-satunya maklumat yang diberikan adalah pihak berkuasa menawarkan bantuan konsulat kepada keluarga mangsa dan mengutamakan privasi mereka.

Laporan awal oleh pihak berkuasa pendakian Pakistan dan satu laporan lain daripada agensi berita Canadian Press menyatakan bahawa pasukan mencari dan menyelamat di K2 akhirnya menemui mayat pendaki Kanada, Richard Cartier yang hilang pada 19 Julai lalu dalam insiden berlainan di puncak yang sama.

Cartier yang berusia 60 tahun, merupakan seorang pendaki berpengalaman. 

K2 yang terletak di Banjaran Karakoram dekat sempadan China-Pakistan mempunyai rekod kematian paling buruk. Ramai pendaki terkorban semasa menuruni K2 yang menyaksikan kesilapan kecil boleh mengundang maut termasuk ditimpa runtuhan salji.

Kematian Eakin dan Cartier disahkan oleh timbalan ketua Kelab Alpine Pakistan, Karrar Haidri yang menyelaraskan operasi mencari dan menyelamat bersama dengan tentera dan kerajaan Pakistan.

Kedua-dua pendaki itu ditemui di antara Kem 1 dan Kem 2 di K2, demikian menurut laporan akhbar bahasa Inggeris Pakistan, The Dawn.

Dua pendaki itu hilang pada 19 Julai lalu dalam kemalangan yang berbeza. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI