fbpx

Suami isteri dirempuh pemandu OKU mabuk tidak benar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kemalangan melibatkan kereta Proton Persona yang merempuh sebuah motosikal dinaiki sepasang suami isteri di Taman Desa Melor, Senawang di sini semalam.

SEREMBAN – Polis menafikan kes kemalangan tular melibatkan sebuah Proton Persona yang merempuh sebuah motosikal dinaiki sepasang suami isteri dipandu oleh orang kelainan upaya (OKU) yang mabuk di Taman Desa Melor, Senawang di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof berkata, kejadian yang didakwa melibatkan OKU mabuk itu telah tular pada pukul 3 petang tadi, namun ianya tidak benar.

“Kejadian sebenar mengenai kemalangan ini tidak melibatkan mana-mana pemandu OKU yang mabuk dan kenyataan yang telah tular adalah tidak benar

“Ia berdasarkan siasatan awal oleh pegawai penyiasat dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban yang terus ke lokasi kejadian lebih kurang pukul 2 petang semalam,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Nanda berkata, hasil siasatan pegawai penyiasa mendapati, kemalangan itu melibatkan sebuah kereta jenis Persona yang dipandu seorang wanita bersama seorang penumpang iaitu bapanya.

“Ketika kejadian, kereta itu telah keluar dari simpang di lokasi kejadian menyebabkan sebuah motosikal yang ditunggang oleh mangsa berusia 50 tahun bersama isterinya, 42, yang datang dari arah kiri tidak sempat mengelak lalu terlanggar bahagian sisi kiri kereta Persona tersebut. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI