fbpx

Lelaki disaman kerana pandu motosikal kurang petrol, bawa pembonceng

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR menunjukkan resit saman yang dimuat naik oleh Syam. - Facebook

NEW DELHI – Seorang penduduk di Kerala, India meluahkan rasa kecewa didenda polis trafik kerana ‘menunggang motosikal tanpa petrol mencukupi dan membawa pembonceng’, lapor laman berita Wion News semalam.

Basil Syam berkongsi saman itu di akaun Facebooknya. Menurut Basil, dia dikenakan saman sebanyak AS$3 (RM13) semasa dalam perjalanan ke tempat kerja.

Syam dilaporkan menunggang motosikalnya dari arah bertentangan di sebuah jalan sehala di persimpangan Pukkatapadi sebelum diberhentikan polis trafik.

Mengetahui bahawa dia telah melanggar undang-undang jalan raya, Syam menyerahkan wang denda itu dan meneruskan perjalanannya.

Sebaik sahaja tiba di pejabat, dia mengeluarkan resit saman dan terkejut apabila mendapati saman tersebut adalah kerana ‘menunggang tanpa petrol mencukupi dan membawa pembonceng’.

Sebaik sahaja menyiarkan gambar resit itu, ia tular di platform media sosial. 

Setelah polis trafik Kerala menerima kritikan netizen, seorang pegawai daripada Jabatan Kenderaan Bermotor menelefon Syam untuk menjelaskan situasi sebenar.

Pegawai itu menyatakan bahawa terdapat seksyen sedemikian dalam undang-undang tetapi ia tidak terpakai kepada kenderaan dua roda dan persendirian. 

Bagaimanapun, kenderaan komersial seperti bas boleh didenda jika didapati melanggar seksyen undang-undang ini. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI