fbpx

Pemandu teksi didenda RM1,800 tipu urusan jual beli telefon bimbit palsu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

TAIPING – Padah menipu dalam urusan jual beli telefon bimbit sembilan tahun lalu, seorang pemandu teksi dijatuhi hukuman denda RM1,800 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Majistret Mohd. Firdaus Abdul Wahab menjatuhkan hukuman tersebut selepas tertuduh, Beh Por Teik, 55, mengaku bersalah setelah pertuduhannya dibacakan.

Mengikut pertuduhan, Por Teik didakwa dengan curangnya menipu S. Kannan, 45, dalam urusan jual beli seunit telefon bimbit jenis Nokia N97 berjumlah RM300 di Jalan Kota Taiping di sini pada pukul 10.30 pagi 12 Januari 2011.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 417 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Faakihin Ahmad Fauzi manakala tertuduh tidak diwakili peguam bela.

Mohd. Firdaus menjatuhkan hukuman denda RM1,800 terhadap tertuduh. Jika gagal membayar, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara selama tiga bulan.

Terdahulu, tertuduh pada 16 September lalu ditahan polis di Jalan Kuching selepas memandu teksi dalam keadaan mencurigakan.

Dia yang mempunyai tiga rekod jenayah lampau dan satu rekod jenayah dikehendaki polis itu kemudian menghulurkan RM50 kepada Lans Koperal Adam Mohd. Al Hafiz sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan terhadapnya.

Tertuduh kemudiannya ditahan kerana cuba memberi rasuah kepada anggota polis walaupun sudah diberi amaran sebanyak tiga kali._K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI