fbpx

Mayat wanita ditemui terapung di lombong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan mayat seorang wanita ditemui terapung di lombong sekitar PPR Kampung Muhibbah pagi tadi. /FOTO IHSAN BOMBA KL

KUALA LUMPUR – Mayat seorang wanita ditemui terapung di lombong berhampiran sebuah projek perumahan rakyat (PPR) di Kampung Muhibbah, Bukit Jalil di sini pagi tadi.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Kuala Lumpur dalam satu kenyataan berkata, bomba menerima panggilan berhubung kejadian pada pukul 10.51 pagi tadi.

“Seramai 12 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Jalil bersama sebuah jentera dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi, terdapat mayat sedang terapung di lombong itu sebelum pasukan bomba berjaya membawa naik mayat terbabit menggunakan kayak,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambahnya, siasatan awal mendapati mayat tersebut merupakan seorang wanita dewasa identiti belum dapat dikenalpasti.

Jelasnya, mayat wanita itu telah diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya sebelum menamatkan operasi kira-kira pukul 1 tengah hari tadi. – KOSMO! ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI