fbpx

Namo penuhi impian Sweet Qismina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SWEET QISMINA kini muncul dengan single sulung, Namo.

PETALING JAYA – Selepas 15 tahun mengukuhkan nama di persada lakonan, Sweet Qismina memenuhi impian bergelar penyanyi rakaman menerusi penerbitan single berjudul Namo.

Baginya, tiada sesuatu yang mustahil untuk diraih asalkan punya keinginan jitu selain perlu bersulam semangat, kerja keras dan mempunyai sistem pasukan sokongan kuat.

Begitupun, biar segala persediaan sudah dipenuhi, akui pemilik nama penuh Farhanna Qismina Supandi itu sedikit sebanyak masih terselit debaran menanti reaksi pendengar.

“Tentu saja debaran berganda sepanjang proses merealisasikan lagu ini kerana ia buah tangan pertama yang menjadi penanda aras terhadap langkah saya dalam arena muzik. Dulu saya pernah muncul sebagai penyanyi undangan, kini sayalah aksi utama.

“Hakikatnya fasa ini tidak ubah seperti sebuah pengembaraan yang menyeronokkan, apatah lagi saya bermula dalam bidang ini sejak kecil, malah sampai sekarang enggan berhenti meneroka pelbagai cabang seni.

“Dilamar Warner Music pun seakan mimpi, seperti tidak dijangka, namun saya anggap semua yang saya depani sebagai fasa baharu hingga tidak sabar untuk memulakan pengembaraan hebat ini.

“Kalau tak mencuba mana kita tahu setakat mana kemampuan sendiri. Jadi saya nekad tampil bersama Namo,” katanya memperincikan karya sentuhan Mas Dewangga, Jova Devito dan Aden King.

Walau pada masa sama memenuhi jadual lakonan yang padat, graduan Ijazah Sarjana Muda dalam jurusan Komunikasi itu enggan menjadikan sebagai alasan, sebaliknya tetap memperuntukkan masa demi debut di bidang nyanyian.

Umpama ke medan perang, segala-gala perancangan telah diperhalusi lebih awal iaitu sejak bertahun-tahun membabitkan misi serta pelan terperinci.

“Sebenarnya impian untuk mempunyai single sendiri tercetus kira-kira empat tahun yang lalu tetapi ketika itu saya belum temukan sebuah karya yang kena dengan jiwa.

“Dalam sibuk bergelar penuntut kolej serta pelakon, saya tetap mencari material yang tepat kerana enggan muncul bersama dendangan yang tidak serasi dengan minat dan vokal saya.

“Apabila sudah bersama Warner Music dan kemudian duduk semeja dengan Pengarah A&R dan Pemasaran Domestik Warner Music, Raqeem Brian, akhirnya saya ‘jumpa’ apa yang saya hajati.

“Kiranya berbaloi menunggu empat tahun. Saya tak kisah menanti karya yang bagus ini sebab yakin kini masa yang ditunggu-tunggu tiba tepat pada waktunya,” ujar pelakon drama Bidadari Salju itu.

Katanya, proses pra pembikinan single tersebut dimulakan sejak November 2021, manakala proses rakaman pula disempurnakan sepenuhnya awal bulan ini.

“Segala-segalanya adalah baharu buat saya, sewaktu proses rakaman dijalankan, setiap detik sangat meninggalkan kenangan manis yang tidak akan saya lupakan sampai bila-bila.

“Perasaan teruja, gembira dan debaran datang bersilih ganti. Apa pun saya rasa bertuah apabila proses merealisasikan karya suling ini mendapat suntikan semangat daripada insan terdekat,” katanya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI