fbpx

Arca jerami hasil anak jati Kampung Terus musnah terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEADAAN arca jerami yang musnah dalam kebakaran di Kampung Terus, malam tadi.

SEBERANG PERAI – Arca jerami hasil karya anak jati Kampung Terus, Penanti yang sebelum ini dipamerkan pada satu pertandingan Pesta Padi Antarabangsa Pulau Pinang 4.0 minggu lalu musnah dalam kebakaran malam tadi.

Ketua Pasukan SQ Impression, Baharuddin Abdullah 49, berkata,karya yang dihasilkan khas untuk pertandingan arca jerami itu dilaporkan terbakar sepenuhnya kira-kira pukul 11.50 malam.

Jelasnya, dia telah dihubungi oleh rakan sepasukan yang memaklumkan berhubung kejadian itu malah video kebakaran turut tersebar dalam kumpulan WhatsApp.

“Api marak dengan pantas dan karya yang kami hasilkan musnah sepenuhnya tidak sampai 10 minit.

“Ada penduduk yang cuba membantu untuk memadamkan kebakaran tetapi gagal. Saya tidak tahu sama ada ini perbuatan khianat atau sabotaj tetapi sepanjang empat tahun berturut-turut pasukan kami menyertai pertandingan ini, inilah kali pertama diuji sebegini,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Susulan kejadian itu, Baharuddin yang juga Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Terus berkata, pihaknya akan membuat laporan polis dalam masa terdekat.

“Saya tidak pasti apa punca kejadian tetapi malam tadi hujan, jadi mustahil arca itu tiba-tiba terbakar begitu saja,” ujarnya.

Terdahulu, arca jerami bertemakan ‘Jelapang Padi Kampung Terus Penanti’ itu memenangi Anugerah Perak dan Pasukan Pilihan Terbaik Top 4 dalam pertandingan tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI