fbpx

Budak autisme lebam bahu, kesan cubitan disyaki didera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kesan lebam dan cubitan dikesan di badan yang dipercayai akibat perbuatan dera oleh guru terapi di sebuah pusat terapi di Skudai, Johor.

JOHOR BAHRU – Seorang kanak-kanak autisme lelaki dipercayai didera oleh seorang guru di sebuah pusat terapi yang terletak di kawasan Skudai, dekat sini awal bulan lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupiah Abd Wahid berkata, isu yang ditularkan ibu kepada mangsa itu di media sosial semalam masih dalam proses siasatan pihak polis.

Beliau berkata, semua pihak terbabit termasuk guru yang didakwa mendera kanak-kanak berkenaan telah dirakam keterangan bagi membantu siasatan.

“Selepas siasatan awal dijalankan, kanak-kanak terbabit telah dirujuk ke Hospital Kulai untuk mendapatkan rawatan dan pemeriksaan perubatan.

“Mangsa juga telah dirujuk ke Hospital Sultan Ismail Johor Bahru bagi mendapatkan penilaian khusus oleh pakar kanak-kanak terhadap status kesihatannya,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Rupiah berkata, pihak polis akan mendapatkan laporan perubatan mangsa secara rasmi sebelum kertas siasatan dikemukakan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 yang boleh dipenjara maksimum sehingga 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya sekali, jika disabit kesalahan.

Terdahulu, tular di media sosial seorang ibu berasa terkilan anak istimewanya yang dihantar untuk menjalani terapi menjadi mangsa dera di pusat berkenaan.

Menurutnya, dia menghantar anaknya ke pusat terapi itu sejak 2019 dan kejadian dera itu dikesan pada 7 Julai lalu dengan kesan lebam kelihatan di bahu kiri serta kesan cubitan di bahagian dada. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI