fbpx

Tiga sindiket curi kereta, motosikal tumpas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HOONG Fong (tengah) menunjukkan rangka motosikal yang telah dileraikan sindiket tersebut.

KLANG – Kegiatan tiga sindiket curi kereta dan motosikal sejak dua tahun lalu tumpas menerusi Ops Lejang Khas yang dilaksanakan sekitar daerah ini baru-baru ini.

Difahamkan, operasi selama tiga minggu yang bermula awal Julai lalu berjaya menangkap 13 suspek termasuk seorang warga asing berusia lingkungan 22 hingga 43 tahun.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, hasil siasatan mendapati mereka menyasarkan motosikal, kereta sedan dan kenderaan pacuan empat roda sebelum meleraikan komponen di bengkel-bengkel haram.

“Suspek kemudian bertindak menukar atau mengusik nombor casis sebelum menjualnya di pasaran gelap.

“Hasil serbuan berjaya merampas enam buah motosikal, tiga kereta, sebuah pacuan empat roda, satu rangka motosikal dan empat enjin motosikal,” katanya pada sidang akhbar hari ini.

Menurut Hoong Fong, turut dirampas adalah peralatan-peralatan yang digunakan untuk mengubahsuai casis dan enjin kenderaan dengan nilai keseluruhan rampasan dianggarkan RM200,000.

“Lapan suspek telah dituduh di Mahkamah Klang masing-masing mengikut Seksyen 411 Kanun Keseksaan, Seksyen 29(1) Akta Kesalahan Kecil 1955 dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1963,” katanya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI