fbpx

Isu mural Amelia Earhart: MPT serah laporan kepada exco

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Khairul Amir (kiri) pada Majlis Pelancaran Penggunaan Peralatan Sifar Karbon di Taiping hari ini.

TAIPING – Majlis Perbandaran Taiping (MPT) telah menyerahkan maklumat selengkapnya kepada exco Perak berhubung isu mural Amelia Earhart pada dinding sebuah premis di Jalan Abdul Jalil di sini yang menjadi topik hangat pendebatan.

Yang DiPertua (YDP) MPT, Khairul Amir Mohamad Zubir berkata, pihaknya peka berhubung pendebatan dalam kalangan orang ramai tentang isu mural yang dihasilkan pada 2019 itu.

“Kita telah membuat siasatan dan semakan berhubung isu itu dan hasil lengkapnya telah kita serahkan kepada exco Perak, Datuk Nolee Ashilin Mohammed.

“Insya-Allah, saya percaya beliau akan memberi jawapannya nanti bagi menyelesaikan isu yang terbabit,” katanya selepas menghadiri Majlis Pelancaran Penggunaan Peralatan Sifar Karbon di pekarangan bangunan MPT di sini hari ini.

Terdahulu, wujud perdebatan dalam kalangan ahli sejarah serta di media sosial mengenai Amelia Earhart bahawa dia sebenarnya tidak mendarat di Tekah di sini.

Amelia dikatakan mendarat di Lapangan Terbang Tekah pada 7 Jun 1937 untuk mengisi bahan api sewaktu dinobatkan sebagai wanita pertama membuat penerbangan solo di Lautan Atlantik.

Dia yang melakukan penerbangan antara Thailand dan Singapura diberi kebenaran untuk mendarat di Lapangan Terbang Tekah pada 7 Jun 1937.

Bagaimanapun, Amelia dikatakan tidak mendarat di Taiping, malah tiada foto yang menunjukkan dia mendarat atau berada di Lapangan Terbang Tekah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI