fbpx

Kakitangan awam maut motosikal rempuh belakang lori

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Isteri mangsa ditenangkan oleh saudaranya ketika berada di sisi mayat mangsa yang maut di depan sebuah kilang bata, Jalan Salor Lama dekat Kota Bharu hari ini. FOTO ROHANA MOHD. NAWI

KOTA BHARU – Seorang pembantu pembangunan masyarakat maut selepas motosikal yang ditunggangnya merempuh belakang sebuah lori di depan kilang bata, Jalan Salor Lama di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12.30 tengah hari itu, mangsa, Ahmad Hafiz Abdul Ghafar, 40, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat cedera parah pada bahagian kepala.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd. Rosdi Daud berkata, siasatan awal mendapati, sebuah lori tanpa muatan dipandu seorang lelaki berusia 49 tahun sedang dalam perjalanan dari arah bulatan Kota menghala ke Pasir Mas.

Menurutnya, semasa tiba di lokasi kejadian, pemandu lori itu dipercayai memberi isyarat ke kanan untuk masuk ke kilang bata.

“Semasa menunggu untuk membelok ke kanan, motosikal jenis Yamaha Ego yang ditunggang mangsa yang datang dari arah belakang lori itu terus merempuh kenderaan tersebut.

“Insiden itu menyebabkan mangsa yang tidak memakai topi keledar meninggal dunia di lokasi kejadian selepas cedera parah pada kepala,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Mohd. Rosdi, mayat mangsa dihantar ke Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian untuk dibedah siasat.

Tambahnya, siasatan lanjut mendapati, kemalangan berpunca daripada kecuaian mangsa yang gagal mengawal motosikalnya kerana mengekori rapat sebelum melanggar belakang lori. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI