fbpx

Silat Dunia: Dua pesilat wanita negara mara separuh akhir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nor Farrah Mazlan (kiri) menanti serangan Komal Dhiman dalam aksi di suku akhir kelas A di Kejuaraan Pencak Silat Dunia ke-19 di MITC, Melaka.

MELAKA – Dua daripada empat pesilat wanita negara melangkah bergaya ke separuh akhir selepas menewaskan lawan masing-masing pada saingan suku akhir Kejuaraan Pencak Silat Dunia Ke-19 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh di sini, hari ini.

Pemenang pingat emas Kejohanan Antarabangsa Terbuka Sultan di Uzbekistan 2020, Nur Syazerra Hidayah Idris memulakan langkah kemenangan apabila mudah mengetepikan saingan Jovelyn G. Valles dari Filipina bagi Kelas B dengan keputusan 38-10.

Pada saingan separuh akhir Sabtu ini, anak kelahiran Keningau, Sabah itu akan berdepan pesilat Vietnam, Nguyen Thi Mai Lan yang turut melepasi peringkat suku akhir, mudah menjinakkan Tara Talay dari Jerman dengan keputusan 44-1.

Sejurus selepas itu, rentak kemenangan diikuti pemenang pingat perak Kejuaraan Asia Yaniji, China 2019, Nor Farrah Mazlan mudah menjinakkan Komal Dhiman dari India bagi Kelas A apabila mencatat keputusan 44-2.

Di separuh akhir nanti, Nor Farrah, 24, berasal dari Kota Belud, Sabah akan berdepan Firdao Duromae dari Thailand yang turut mudah mengetepikan saingan, Angeline A. Virina dengan catatan 44-19 ketika suku akhir.

Bagaimanapun, dua pesilat negara yang kecundang ialah Zulaika Razaman tunduk kepada pesilat Filipina, Hanna Mae F. Ibutnande dengan keputusan 17-30 bagi Kelas C.

Turut mengikut jejak langkah itu ialah Hanna Soleha Saleem yang gagal menyaingi Kewarin Boonme apabila tunduk dengan keputusan 16-27 bagi Kelas E. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI