fbpx

GrakChat setanding aplikasi pemesejan luar negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pengarah Komersial Institut Kerjasama Islam Antarabangsa Malaysia (IKIAM), Datuk Muhammad Helmi Azhar (dua kiri) bersama Mohd. Yusni Ismail (tiga kanan) dan Ketua Pegawai Eksekutif Grak Networks Sdn Bhd, Sazali Shahid (dua kanan) pada majlis pra pelancaran GrakChat di Hotel Zenith di sini, hari ini.-Foto FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – Syarikat Grak Networks Sdn. Bhd (GrakChat) membuktikan keupayaan anak tempatan apabila melancarkan aplikasi GrakChat iaitu aplikasi pemesejan pelbagai guna.

Lebih menarik, GrakChat menawarkan perkhidmatan ‘group chat’ yang boleh disertai seramai 50,000 ahli bagi setiap kumpulan.

Pengerusi dan Pengasas Bersama GrakChat, Mohd. Yusni Ismail berkata, pihaknya menyasarkan sejuta ahli yang memuat turun aplikasi itu menjelang akhir tahun ini.

Beliau berkata, seperti aplikasi lain, GrakChat menyediakan semua keperluan ciri pemesejan seperti panggilan suara, menghantar dan menerima mesej, gambar, video, rakaman suara dan kemudahan video secara percuma.

“Berbeza dengan aplikasi lain, GrakChat menawarkan perkhidamatan saluran interaktif yang membantu ahli membina komuniti yang hebat.

“Saluran interaktif ini boleh digunakan untuk menyiarkan maklumat terus kepada penerima yang disasarkan tanpa had,” katanya pada majlis pra pelancaran GrakChat di sini, hari ini.

Katanya, GrakChat menggunakan teknologi ‘SSL Encryption’ dan ia kini tersedia untuk dimuat turun melalui Google Play Store bagi pengguna Android selain melalui Apple Store sekitar bulan depan.

Mohd. Yusni berkata, GrakChat dihasilkan dengan kepakaran anak tempatan sejak dua tahun lalu dan ia setanding dengan penyedia aplikasi pemesejan lain di pasaran.

Menurutnya, pihaknya turut merancang untuk meningkatkan keupayaan aplikasi itu dengan menggabungkan perkhidmatan pemesejan pelbagai guna dan platform e-dagang dalam satu platform.

“Platform ini membolehkan pelanggan dan peniaga atau penyedia perkhidmatan atas talian berinteraksi melalui GrakChat.

“GrakChat dilaksanakan dalam dua fasa iaitu perkhidmatan digital pemesejan dan menawarkan khidmat e-dagang yang disokong kemudahan bayaran secara online,” ujarnya.

Tambah beliau, pihaknya berharap aplikasi tersebut akan merancakkan lagi pertumbuhan ekonomi digital negara selain mengurangkan kebergantungan kepada platform pemesejan daripada negara luar. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI