fbpx

Jamu selera berkonsep mewah di Gordon Ramsay Bar & Grill

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Restoran Gordon Ramsay Bar & Grill menawarkan pengalaman unik yang menerujakan sebaik sahaja pengunjung melangkah masuk untuk menikmati hidangan popular cef selebriti tersebut.

PETALING JAYA – Pembukaan cawangan pertama Gordon Ramsay Bar & Grill di Sunway City Kuala Lumpur pada 18 Jun lalu memberi peluang kepada rakyat Malaysia yang mahu menikmati pelbagai hidangan bertaraf premium yang sering dipertontonkan dalam platform media sosial dan elektronik sebelum ini.

Cawangan pertama restoran milik cef selebriti Gordon Ramsay di luar United Kingdom itu menghidangkan pelbagai menu istimewa dan yang pastinya, hidangan Classic Beef Wellington yang popular bakal menjadi tarikan peminat membuat tempahan awal di restoran berkenaan.

Difahamkan, tempahan daripada pelanggan telah penuh sehingga bulan November ini.

Sebaik melangkah ke restoran yang boleh menempatkan sehingga 150 tetamu dalam satu-satu masa itu, pengunjung pastinya akan terpegun dengan rekaan dalaman eksklusif yang menampilkan pe­rabot yang teguh dengan skema warna merah serta warna hijau hutan yang diserlahkan dengan lantai kayu keras walnut yang digilap.

Menjamu mata dengan hiasan potret monokrom ikon gaya Bri­tish oleh jurugambar terkenal, Terry O’Neill dan Arthur Steel dengan menampilkan gambar menarik artis terkenal Mick Jagger, Sean Connery 007 dan supermodel Jean Shrimpton serta Twiggy bakal menambahkan lagi keterujaan pengunjung ketika berada di restoran berkenaan.

Layanan terbaik daripada ka­kitangan terlatihnya juga membuatkan pengunjung tidak kekok malah akan berasa sangat selesa untuk menikmati hidangan sama ada di kawasan terbuka atau di bilik persendirian yang dinamakan sebagai Mayfair, Soho dan juga Chelsea.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan bersempena prebiu bersama media di restoran berkenaan, Gordon Ramsay Bar & Grill itu bakal dibuka kepada pengunjung untuk menikmati hidangan makan tengah hari bermula 1 Ogos ini.

Buat sementara waktu hidangan makan malam telah ditawarkan kepada pengunjung bermula 18 Jun lalu dan sambutan yang diterima sangat menggalakkan.

“Selain, menu Classic Beef Wellington, pengunjung boleh memilih menu lain yang sangat menyelerakan seperti Seafood Platter, Murray River Cod, Spiced Beef Tartare with Egg Yolk Confit dan Arnold Bennett Twice-baked Cheese Soufflé with Mornay Sauce,” jelasnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN