fbpx

Christian Eriksen mula beri harapan buat Manchester United

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ERIKSEN meledak satu gol buat United ketika menentang Wrexham awal pagi semalam. – TWITTER MANCHESTER UNITED

MANCHESTER – Christian Eriksen tidak memerlukan tempoh lama untuk mengha­dirkan impak buat Manchester United selepas menyumbangkan jari­ngan ketika meraih kemenangan 4-1 ke atas Wrexham pada aksi persahabatan tertutup awal pagi semalam.

Selain Eriksen, seorang lagi pemain baharu The Red Devils, Lisandro Martinez juga membuat penampilan pertama tidak rasmi dan perlawanan ini turut disaksikan oleh Cristiano Ronaldo yang dilihat berada di tempat duduk penyokong.

Selepas Aaron Hayden membuka jaringan, Eriksen pantas mencuri perhatian ketika menjaringkan gol penyamaan dan gol itu meningkatkan motivasi United untuk menambah tiga lagi gol di babak kedua.

“United sebuah kelab besar. Kelab ini memiliki sejarah hebat dan sudah pasti saya begitu gembira untuk turut serta dalam pasukan ini,” kata Eriksen.

Martinez yang diumumkan secara rasmi satu jam sebelum perlawanan merasakan United menjadi platform buat dirinya mengembangkan bakat sedia ada dan melabel pengurus pasukan, Erik Ten Hag sebagai pelengkap kepada perjalanan kariernya di Manchester.

“Saya mahu membuktikan kualiti saya lebih daripada apa yang saya ada. Dengan adanya Ten Hag sebagai pengurus, saya akan jadi lebih baik kerana be­liau adalah pengurus yang hebat.

“Mentaliti saya kini adalah untuk bekerja keras setiap hari dan memenangi piala,” katanya.

Dalam pada itu, Ten Hag kini sedang menyenaraikan pemain untuk dipinjamkan kepada kelab lain, namun mahu terus mengekalkan bintang muda­nya, Zidane Iqbal dalam senarai pemain musim ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI