fbpx

Dapat kad pengenalan selepas 25 tahun diisytiharkan ‘orang mati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gabenor Nakhon Sawan Chayan Sirimas, tengah, menyerahkan kad pengenalan baharu kepada Ong-art Boonyarit, kedua kanan, pada pagi Selasa. - Chalit Poomruang

BANGKOK – Seorang warga emas yang diisytiharkan  sudah meninggal dunia  secara tidak sengaja pada 1997,  akhirnya menerima kad pengenalan baharu, lapor akhbar Bangkok Post, kelmarin.

Ong-art Boonyarit,65, terpaksa hidup sengsara selama 30 tahun kerana kesilapan tersebut  menafikan hak dan kebajikannya sebagai  warganegara Thailand.

Ong-art dari kampung Moo 3, daerah Muang dalam wilayah Nakhon Sawan, berkata dia terkejut apabila  pergi ke pejabat daerah untuk memperbaharui kad pengenalannya suatu hari  pada akhir 2013 dan diberitahu bahawa dia tidak dapat berbuat demikian.

Ini kerana dalam rekod rasmi pendaftaran, Ong-art telah diisytiharkan sebagai sudah  mati.

Dia diberitahu bahawa pada 5 Nov 1997, seorang individu bernama Chuchart Detkla telah mengemukakan permintaan kepada Pentadbiran Bandar Nonthaburi untuk mendapatkan sijil kematian bagi Ong-art Boonrit.

Lelaki bernama Ong-art Boonrit itu merupakan seorang pesakit yang meninggal dunia akibat radang paru-paru di Nonthaburi.

Pejabat itu kemudiannya dimaklumkan bahawa upacara pengebumian Ong-art telah diadakan di Wat Mahabut (Mae Nak) di daerah Phra Khanong, Bangkok pada 6 Nov 1997.

Ong-art berkata dia tidak mengenali Chuchart.

Akibat pengesahan sijil kematian tersebut, Ong-art kehilangan semua hak warganegara Thailand termasuk faedah kebajikan negeri dan pencen bulanan hari tuanya.

Ong-art berkata, dia telah mengemukakan aduan kepada Pentadbiran Bandar Nonthaburi untuk memohon pembatalan sijil kematiannya  tetapi tiada tindakan dibuat.

Baru-baru ini dia memfailkan aduan kepada Pusat Damrongtham Nakhon Sawan yang membuka kertas siasatan ke atas kesnya.

Isnin lalu, Seorang gabenor wilayah,  Chayan Sirimas melawat Ong-art di rumahnya dan mengesahkan bahawa sijil kematiannya  akan dibatalkan dan kad pengenalan baharu akan dikeluarkan untuknya.

Ketua Daerah Muang, Narongchai Jindapan berkata,  individu yang memohon sijil kematian di atas nama Ong-art iaitu Chuchart adalah pegawai di bilik mayat Central Chese Institute.

Semasa memfailkan sijil kematian pesakit yang memiliki nama hampir sama dengan Ong-art, dia tidak mengisi ruang kad pengenalan.

Apabila nama tersebut dimasukkan ke dalam sistem, secara automatik mengesan nombor kad pengenalan Ong-art yang masih hidup dan mengisi ruang kosong yang ditinggalkan.

Chuchart telah memohon maaf kepada Ong-art atas insiden tersebut dan memaklumkan ia adalah kesilapan yang sangat tidak disengajakan. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI